-->

Tuesday, March 19, 2013

Pertandingan Senam Tari Prasekolah 18.3.2013

Tahniah diucapkan kepada lapan orang pelajar Prasekolah SK Sebatu kerana telah menyertai Pertandingan Senam Tari Peringkat Daerah Jasin pada 18 Mac ini. Berkat kesungguhan guru prasekolah iaitu Pn. Hanipah bt Hasbollah bersama-sama dengan dua orang guru pelatih iaitu Puan Hayati dan Cik Hazwani telah berjaya membentuk satu kumpulan senam tari yang sangat cilik dan proaktif. Tahniah di atas semua usaha gigih dan idea yang dicurahkan. Semoga berjaya! Murid Cilik Prasekolah... Para peserta bersama guru pembimbing dan pembantu pra. Bersama tuan Guru Besar, En. Kamaruzaman b. Tawi yang turut hadir memberi semangat kepada pasukan Prasekolah SKS di samping ibubapa yang turut hadir bersama-sama. Tahniah...

No comments:

Post a Comment