-->

Monday, August 14, 2017

Selamat Datang ...

Selamat datang diucapkan kepada Cikgu Rosyati Binti Marzuki sebagai Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Sebatu yang baru, menggantikan Cikgu Noor Zaharil Ehsan Bin Amir. Semoga kedatangan GPK1 menjadikan sekolah ini bertambah cemerlang pada masa akan datang.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Sekolah



Tarikh    : 14 Ogos 2017
Tempat  : Kantin Sekolah


Cikgu Siti Hawa selaku pengacara majlis



Ucapan alu-aluan oleh Cikgu Haji Azian Bin Mohd. Dali, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum dan merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Sekolah




Gimik Pelancaran Oleh Murid-Murid SKS




Perasmian Dengan Melepaskan Beberapa Ekor Burung
Tahniah, Cikgu Niza Dinobatkan Sebagai Pemenang Pakaian Bertemakan Bendera Malaysia
Cikgu Siti Hawa Juga Berjaya Menawan Hati Juri, Tahniah

















Wednesday, June 21, 2017

Program Sandaran (NPQEL) Ambilan 1/2017 (Cikgu Noor Zaharil Ehsan Bin Amir, GPK 1 SK Sebatu)

Projek : Pengukuhan PDPC Dalam Pendidikan Abad Ke-21
Tarikh : 02 Mei hingga 22 Jun 2017
Peserta: Semua Guru SK Sebatu

Matlamat
Program ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan prasarana kondusif kepada murid dalam memenuhi aspirasi negara serta persediaan murid dalam menyiapkan diri di arena pendidikan bertaraf dunia. Program ini juga diharap dapat memberi sokongan kepada warga guru untuk menngkatkan kecemerlangan murid-murid SK Sebatu. Justeru program Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Abad Ke-21 ini diharap dapat menjadi amalan terbaik dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan mengambil kira tahap kemampuan murid dan diharap mereka dapat mengenal pasti potensi diri masing-masing.

Objektif
  • Meningkatkan kualiti pedagogi guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kelas abad ke-21;
  • Meningkatkan peranan guru sebagai pemudah cara, membimbing murid meneroka dan menyelesaikan masalah bersama-sama ahli kumpulan;
  • Menghasilkan pengajaran dan pemudah cara yang berkesan;
  • Menggalakkan pengajaran dan pemudah cara secara kolaboratif dan kooperatif;
  • Mengamalkan Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) sebagai strategi pelaksanaan pendidikan kelas abad ke-21;
  • Meningkatkan keupayaan murid daalam berinteraksi sesama murid dan memberi respon positif dalam pengajaran guru;
  • Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sebagai sumber atau punca maklumat dan bukan sekadar alat pengajaran.

Gambar-Gambar Aktiviti Sepanjang Program Berlangsung.


Cikgu Niza sebagai guru dalam program ini.

Penerangan oleh Cikgu Niza bagi aktiviti pertama


Aktiviti pertama iaitu Gallery Work
Tajuk bagi tugasan pertama





Membuat Peta i-think




Cikgu Abbas (Guru Besar) dan Cikgu Zaharil (GPK 1) turut serta dalam aktiviti


Setiap kumpulan menampal hasil tugasan untuk disemak
Setiap kumpulan akan memeriksa hasil brainstorming kumpulan lain berdasarkan tugasan yang diberikan
Bermulalah kerja-kerja mengenalpasti kesalahan kumpulan lain biarpun salah eja atau tulisan yang buruk






Hasil daripada pemantauan kumpulan lain





Aktiviti kedua iaitu yang dipanggil sebagai Hot Seat atau kerusi panas. Seorang peserta akan dipanggil ke depan berdasarkan kepada kepakaran bagi subjek yang diajar. Contohnya.......
Ustaz Mohd. Khairudin sebagai peserta Hot Seat.
Peserta lain akan mula bertanyakan soalan mengenai hal berkaitan dengan Agama Islam

Ustaz Khairudin menjawab setiap soalan yang diajukan





Aktiviti seterusnya, Kahoot. Permainan interaktif dengan menjawab soalan menggunakan telefon pintar atau komputer


Peserta mengeluarkan telefon pintar masing-masing





Hadiah diberikan kepada pemenang Kahoot. Ada 4 pemenang. Terima kasih kepada Cikgu Zaharil atas hadiah yang diberikan.
Peserta yang memenangi permainan kuiz Kahoot.
Pemenang tempat ke-4

Pemenang tempat ke-3
Pemenang tempat ke-2
Peserta febret memenangi tempat pertama
Memgisi borang kaji selidik mengenai program yang dijalankan
Ucapan penutup oleh Cikgu Noor Zaharil Ehsan Bin Amir, Guru Penolong Kanan 1, SK Sebatu


Ucapan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru SK Sebatu yang menjayakan program ini. Diharapkan program seumpamanya akan diteruskan lagi demi pembangunan pengajaran dan pembelajaran di SK Sebatu untuk kecemerlangan murid-murid.