-->

Tuesday, February 22, 2011

PEMERIKSAAN GIGI, KESIHATAN DAN IMUNISASI

Pegawai pemeriksa gigi dari Klinik Kesihatan Merlimau telah datang ke SK Sebatu untuk membuat pemeriksaan gigi para pelajar dari tahun 1 hingga ke tahun 6.  Pemeriksaan ini telah  berlangsung selama seminggu bermula dari 7 Februari 2011 sehingga 16 Februari 2011.







Friday, February 11, 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sebelum 1880 ( dianggarkan )
Beratapkan nipah dan bertiangkan kayu. Berdinding sekerat tanpa tingkap. Tiada sekatan bilik darjah. Berlantaikan tanah. Diasaskan oleh penduduk Kampung Sebatu dengan usaha masyarakat setempat secara gotong-royong.

1880
Dinaikkan taraf kepada sekolah bantuan penuh kerajaan (Fully Assiated School) sebanyak 2 buah bilik darjah, 30 orang murid dan hanya 2 orang guru.

7 September 1927
Bangunan kayu yang tinggi berbentuk 'L'mengandungi 5 bilik darjah. Manakala bilangan murid makin bertambah dengan bilangan guru seramai 6 orang.

1 Ogos 1960
Mendapat bangunan tambahan (separuh kekal). Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dengan jumlah murid seramai 327 hingga 350 orang dan bilangan guru juga semakin bertambah.

13 Mei 1973
Dimasukkan dalam kumpulan Sekolah Gred 'B'. Bangunan Baru telah ditambah iaitu bangunan kekal 2 tingkat (Blok A sekarang). Jumlah murid telah meningkat dari 400 orang hingga 450 orang dengan jumlah guru seramai 15 orang.

8 Jun 1985
Sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak yang ada sekarang (Blok B sekarang). Jumlah murid seramai 360 orang hingga 370 orang manakala bilangan guru seramai 19 orang.

Kini 2011
Kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap telah membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang ada sekarang. Kini jumlah murid seramai 258 orang manakala jumlah guru pula seramai 28 orang.

LATAR BELAKANG SK SEBATU

1880 - 1955 :- Sekolah Melayu Sebatu
1956 - 1964 :- Sekolah Umum Sebatu
1965 - Sekarang :- Sekolah Kebangsaan Sebatu