-->

Tuesday, March 19, 2013

Pertandingan Senam Tari Prasekolah 18.3.2013

Tahniah diucapkan kepada lapan orang pelajar Prasekolah SK Sebatu kerana telah menyertai Pertandingan Senam Tari Peringkat Daerah Jasin pada 18 Mac ini. Berkat kesungguhan guru prasekolah iaitu Pn. Hanipah bt Hasbollah bersama-sama dengan dua orang guru pelatih iaitu Puan Hayati dan Cik Hazwani telah berjaya membentuk satu kumpulan senam tari yang sangat cilik dan proaktif. Tahniah di atas semua usaha gigih dan idea yang dicurahkan. Semoga berjaya! Murid Cilik Prasekolah... Para peserta bersama guru pembimbing dan pembantu pra. Bersama tuan Guru Besar, En. Kamaruzaman b. Tawi yang turut hadir memberi semangat kepada pasukan Prasekolah SKS di samping ibubapa yang turut hadir bersama-sama. Tahniah...

Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR 2013 (11.3.2013)

Pada 11 Mac 2013 yang lalu, satu program khas untuk pelajar tahun 6 telah diadakan iaitu Teknik Menjawab Soalan Matematik yang telah diberi pendedahan oleh Guru Cemerlang iaitu Puan Hajah Mazlina bt Yahya. Semoga berjaya.

LADAP SKS Kali Pertama, 2 March 2013

Ladap pertama telah diadakan pada 2hb Mac yang lalu. Melibatkan semua guru SKS dengan menjemput Kaunselor dari JPN iaitu En. Roslan. Semoga motivasi dan tips yang diberikan memberi manfaat dan keazaman kepada semua warga SKS.

Tuesday, February 26, 2013

Merentas Desa 2013

Larian merentas desa telah selesai dilaksanakan pada hari ini 26 Februari 2013, pada jam 3:30 petang. Larian ini melibatkan semua pelajar tahun 3, 4, 5, dan 6. Semua peserta bagi rumah sukan masing-masing iaitu Iswara, Putra, Wira dan juga Saga berentap dan bersaing bagi mengumpulkan markah fasa pertama Kejohanan Sukan Sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Kepada para pemenang, tahniah diucapkan!