KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SEBATU MELAKA, KOMITED DAN BERJANJI MEMBERI LAYANAN DAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI SEPERTI BERIKUT:
MURID
- Memastikan Setiap Murid Mendapat Tempat Belajar Yang Sesuai Sebaik Sahaja Mendaftar.
- Memberi Khidmat Mesra Dan Bimbingan Semasa Pengajaran Dan Pemudahcara Dalam Bilik Darjah Untuk Memastikan Murid Dapat Menguasai Kemahiran Literasi Dan Numerasi Sebaik Tamat Tahap 1 (1,2 dan 3).
- Memastikan Setiap Murid Tahap 2 (4,5 dan 6) Dapat Menyertai Kegiatan Kokurikulum Sekolah.
- Menjaga Kebajikan Dan Keselamatan Murid-Murid Sejajar Dengan Konsep Sekolah Selamat Di Samping Mendapat Khidmat Nasihat Dari Bimbingan Dan Kaunsling.
- Mewujudkan Budaya Penyayang Dan Mencintai Sekolah Di Samping Membentuk Dan Mengukuhkan Sahsiah Serta Imej Murid-Murid.
GURU DAN STAF
- Buku Rekod Mengajar Yang Telah Disahkan Akan Dikembalikan Dalam Tempoh 2 hari Selepas Diserahkan.
- Memastikan segala Keperluan, Kemudahan Dan Kebajikan Guru Dan Staf Diambil Berat.
- Menyediakan ABM Dan Keperluan PdPc Bagi Penyelaras Tugas Untuk Meningkatkan Pencapaian Akademik Sekolah.
- Pemberitahuan Tentang Surat Pekeliling Yang Terkini Akan Disebarkan Kepada Staf Dan guru Dari Semasa Ke Semasa Untuk Dipatuhi.
WARIS (IBU BAPA/ PENJAGA)
- Memberi Perkhidmatan Dan Layanan Dengan Penuh Dedikasi Dan Ikhlas Serta Mewujudkan Hubungan Mesra Dengan Ibu Bapa/ Penjaga.
- Setiap Aduan Dari Waris (Ibu Bapa/ Penjaga) Akan Diberi Maklum Balas Dalam Tempoh 1 Minggu Aduan Diterima.
- Memberi Perhatian Tentang bantuan Kerajaan Supaya Dapat Diagihkan Dengan Seadilnya Berdasarkan Sosio Ekonomi Keluarga.
No comments:
Post a Comment