-->

Friday, October 12, 2012

PERSIAPAN UNTUK PERTANDINGAN KANTIN TERBERSIH

Alhamdulillah SK Sebatu telah berjaya mendapat tempat ketiga dan secara langsung dapat mewakili daerah Jasin di dalam pertandingan Kantin Terbersih dan Terceria. sekolah kami telah dicalonkan untuk bertanding di peringkat negeri. Justeru itu, warga SKS sedang bertungkus lumus dalam menceriakan kawasan kantin sekolah.






Saturday, September 29, 2012

KURSUS LADAP TERAKHIR (PBS)

Kursus LADAP SK Sebatu yang terakhir ini, mengundang Pn. S.Citra dari SK jasin untuk memberi taklimat khusus dan terperinci mengenai PBS. Kursus ini memberi banyak manfaat dan kefahaman kepada semua guru. Diharap semua guru dapat memahami dan sama-sama melaksanakan tugasan PBS dengan lebih baik dan berintegriti. "CEMERLANG BERSAMA SK SEBATU"

Sunday, September 16, 2012

Tamat sudah Peperiksaan UPSR 2012

Salam perjuangan ... Alhamdulillah..semua murid Tahun 6 telah selesai dan selamat menduduki UPSR pada 11 hingga 13 September yang lalu. Justeru itu, adalah diharapkan agar semua murid Thn 6 SKS LULUS dengan CEMERLANG. Kejayaan yang bakal dikecapi ini bukan sekadar kejayaan MURID, bahkan kejayaan KELUARGA dan semua GURU. Doa dan harapan terus kita panjatkan kepada Allah agar ianya menjadi REALITI satu hari nanti. Aamin Yaa Rabbal A'lamin.. Kepada semua, jangan putus berdoa dan teruskan solat hajat mohon dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah...

Selamat Hari Malaysia (16 September 2012)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Salam 1 Malaysia. Hari ini merupakan cuti umum semua rakyat Malaysia kerana mengenang hari penubuhan Malaysia. Ingin tahu dengan lanjut mengenai penubuhan Malaysia? Bolehlah melayari laman sesawang berikut: http://www.arkib.gov.my/penubuhan_malaysia Hargai bumi Malaysia yang bertuah ini. Hargai saat cuti bersama orang yang tersayang.Saling hormat menghormati dan menghargai antara satu sama lain! Salam sayang dari kami warga SKS.

Tuesday, September 11, 2012

Perjuangan yang belum selesai

Salam sayang untuk semua... Semua guru-guru Tahun 6 (ada yang gambar mereka tidak dapat diambil kerana camera cikgu Molly dah abis bateri...mohon maaf ya Cikgu Sikin, Cikgu Aishah Lenny dan Cikgu Rafizah)tetap mengerah tenaga memberikan yang terbaik untuk semua MURID TAHUN 6 SK Sebatu. semoga tips-tips terakhir ini mmeberikan sesuatu yang amat bermakna buat mereka semua. Terus berusaha meningkatkan SKS. "CEMERLANG BERSAMA SK SEBATU"

Bermulanya UPSR (Hari Pertama)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia Alhamdulillah semua murid tahun 6 telah menjawab soalan Bahasa Melayu (pemahaman & penulisan)dan Matematik (kertas 2). Semoga kalian terus bersemangat untuk perjuangan pada hari esok (Matematik-Kertas 1) Jangan putus asa. Cekalkan azam, kuatkan semangat! InsyaAllah kejayaan yang cemerlang, milik kalian semua. Salam Perjuangan, GPB.

Monday, September 10, 2012

Program Susu 1 Malaysia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Program Susu 1 Malaysia merupakan salah satu program ke arah menjana minda pelajar yang cergas serta tubuh badan yang sihat. Berdasarkan usaha yang dijalankan melalui pemakanan yang sihat dan seimbang ini, diharapkan ianya membantu meningkatkan tahap motivasi dan daya usaha pelajar dalam bidang akademik khususnya.

"Badan Sihat, Otak Cergas"

Selamat mencuci mata...(gambar-gambar Susu 1 Malaysia)

By,
GPB

Doa restu dari kami warga SKS untuk anak-anak murid Tahun 6 UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam Perjuangan!

Khas untuk anak-anak murid SKS Tahun 6, 2012 sebuah Majlis Doa Restu telah diadakan secara ringkas selepas waktu rehat. Cikgu-cikgu dan semua staf sokongan di sini sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Semoga kalian lulus dan berjaya dengan cemerlang.
Budi bahasa, pengorbanan dan keikhlasan adalah sesuatu yang tidak dapat diukur dan ditafsirkan dengan mata kasar. Namun ia nya dapat dirasakan sendiri melalui hati dan sanubari. Kemaafan yang dipinta sentiasa dimaafkan walaupun kalian semua tetap degil, tidak mahu mendengar kata dan melakukan kesilapan yang sama setiap hari. Kami guru-guru disini hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah diatas setiap usaha yang kami lakukan selama ini. Kiranya kami menegur kamu atau menasihati kamu dalam keadaan yang agak keras, tiada niat lain adalah semata-mata untuk kebaikan kamu semua. Sebab kami SAYANGKAN kamu dan mahu kamu BERJAYA.

Akhir kalam, cipta lah sejarah terindah iaitu kejayaan anda dalam UPSR ketika dibangku sekolah rendah ini. Kerna masa dan waktu tidak akan berputar kembali bagi mengulangi sesuatu yang telah lalu. 11 Sepetember hingga 13 September 2012 ini hanya datang sekali dalam hidup kalian. Buatlah yang terbaik dalam hidup anda.

Selamat Maju Jaya.
Dari kami,
Warga SKS.





Nukilan: GPB

Saturday, September 8, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2012 (11~13 SEPTEMBER)

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Salam Melaka Maju, Negeriku Sayang, Bandar Teknologi Hijau.

Tik..tok..tik..tok...detik waktu menghampiri saat yang dinantikan. Pada hari Selasa minggu hadapan semua murid tahun 6 SK Sebatu akan menduduki peperiksaan UPSR. Tiada harapan lain selain daripada memohon doa dan bermunajat kepada Allah. Semoga kejayaan mengiringi kalian semua.


Segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini diharap akan menghasilkan buah kejayaan yang manis buat kita semua. Semua warga SKS sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua.

Selamat maju jaya!

Salam Perjuangan,
GPB.

Thursday, September 6, 2012

GURU BESAR KAMI YANG BERKALIBER: EN. KAMARUZAMAN BIN TAWI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.

Kami warga SK Sebatu berasa amat bangga mempunyai tampuk kepimpinan Guru Besar yang amat berkaliber dan aktif dalam aktiviti riadah. Dengan berbekalkan ilmu, keazaman dan semangat yang tinggi, SK Sebatu kini kian menyinar di persada pendidikan negara. 

Harapan kami warga SKS agar UPSR tahun 2012 ini akan mendapat keputusan yang cemerlang sepertimana tingginya harapan GB kami. Beliau sentiasa mengambil berat serta tidak jemu memberi semangat dan motivasi kepada murid agar terus maju dan berdaya saing demi mencapai kejayaan yang diimpikan.

Oleh yang demikian, kami semua warga SKS mendoakan agar calon UPSR 2012 ini mencapai kejayaan yang gemilang dan menaikkan nama SK Sebatu sekaligus meningkatkan taraf pendidkan negara.

Sekian dari kami,
Team ICT.

Monday, May 21, 2012

TAHUN 2012 YANG TERAMAT SIBUK...

Assalamualaikum semua...!
Lama sungguh tidak ''update'' blog sekolah ni....
Bermula dari awal tahun hingga kini...mentang-mentang lah Facebook SK Sebatu dah ada... lebih cepat dan pantas dengan FB kan.. Bayangkan..pengguna FB di Malaysia pun dah mencecah 17 juta daripada 27.5 juta populasi rakyat Malaysia. Murid SK Sebatu pun dah pandai guna laman sosial ni. Hurm.....

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012 ni... Tahun yang teramat sibuk sejak dari awal tahun lagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pelantikan Pengawas, Program Guru Penyayang, Mentor-mentee, 3R, Sambutan Hari Guru dan lain-lain lagi.

Saya akan update gambar dan cerita disepanjang program itu diadakan. Have a break... bersambung...