Sejarah pendidikan di Kampung Sebatu bermula pada tahun 1880. Mengikut cerita dari mulut ke mulut, kanak-kanak menumpang belajar di rumah orang ketika belum mempunyai bangunan sekolah. Adalah dipercayai bahawa bangunan pertama sekolah didirikan sebelum tahun 1880. Bangunan ini beratapkan nipah dan bertiangkan batang nibung. Ianya berdindingkan sekerat tanpa tingkap. Tiada sekatan bilik darjah pada bangunan pertama ini. Ketika itu ia cuma berlantaikan tanah.
Bangunan sekolah pertama ini didirikan kira-kira 60 ela ke Barat dari bangunan sekolah sekarang. Ianya diasaskan oleh penduduk Sebatu dengan usaha masyarakat setempat secara gotong-royong. Dengan murid seramai 30 orang ketika itu, sekolah ini mempunyai 2 buah bilik darjah yang dicat dengan warna hitam.
Guru-guruyang mula-mula mengajar di sini diambil daripada orang yang tahu menulis dan membaca. Dari tahun 1880 sehingga 1955, ia dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sebatu.
Pada tahun 1880 sekolah ini dinaiktaraf kepada sekolah bantuan penuh. Bangunan asalnya telah dirobohkan pada tahun 1898.
Bangunan baru didirikan pada 17 September 1927 yang mengandungi 5 buah bilik darjah. Bangunan ini merupakan bangunan kayu yang tinggi dan bertiang batu berbentuk 'L'. Ketika murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan ini telah diubahsuai menjadi bilik-bilik darjah dengan bilangan guru seramai 5 orang. Bangunan sekolah yang bersejarah ini telah dirobohkan pada 8 Jun 1985.
Pada tahun 1960, sekolah ini mendapat bangunan tambahan separuh kekal dan mempunyai 4 buah bilik darjah. Bangunan ini didirikan bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah, di antara 327 hingga 350 oang.
Pada tahun 1956 sehingga tahun 1964, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Umum Sebatu.
Pada 13 Mei 1973, sekolah ini telah dimasukkan dalam kumpulan Sekolah Gred 'B' dan guru-gurunya adalah seramai 12 orang. Bangunan baru telah ditambah bermula dari tarikh tersebut dan bangunan ini merupakan bangunan kekal 2 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik guru besar, sebuah bilik guru, sebuah setor dan 2 unit tandas.
Bangunan ini telah dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik. Bilangan muridnya turut bertambah menjadi antara 400 - 450 orang. Bilangan gurunya turut bertambah menjadi 15 orang. Bangunan ini kekal hingga ke hari ini dengan bilangan muridnya seramai 200 orang dan bilangan guru seramai 25 orang.
Pada 8 Julai 1986, sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak yang ada sekarang. Sekolah ini pada asalnya boleh menempatkan 360 - 370 orang murid sahaja dan guru seramai 19 orang.

No comments:
Post a Comment