-->

Monday, February 3, 2020

Sukan Merentas Desa 2020

Tarikh : 21 Januari 2020
Masa : 7.45 Pagi
Laluan : Kampung Sebatu
Kelolaan : Unit Kokurikulum SK Sebatu

Objektif :
  • Merealisasikan 3 teras utama JPM iaitu:
    • Kokurikulum untuk semua;
    • Kokurikulum untuk kecemerlangan;
    • Kokurikulum untuk program 1 Murid 1 Sukan (1M1S).
  • Mencapai tahap perkembangan J.E.R.I yang positif;
  • Mencungkil potensi & bakat olahraga di kalangan murid;
  • Memberi pendedahan awal akan acara maraton jarak jauh kepada murid;
  • Medan bagi pemilihan murid-murid untuk mewakili sekolah;
  • Menambah daya kecergasan fizikal dan mental serta daya tahan kardovaskular murid;
  • Mewujudkan suasana interaksi yang harmoni dan toleransi;
  • Melahirkan murid yang berdaya saing dan beriltizam.

Taklimat disampaikan oleh Cikgu Zainal sebelum pelepasan peserta.

Peserta dilepaskan mengikut kategori.

Beberapa aksi larian merentas desa yang sempat dirakam.

Tahniah kepada semua pemenang yang memberikan mata kepada rumah sukan masing-masing. Dan syabas kepada semua murid kerana mengambil bahagian.


Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Tahun 2020

Tarikh : 20 Januari 2020
Masa : 7.40 Pagi
Tempat : Dataran Susila SK Sebatu
Tetamu Jemputan : SM Mohd. Mujali Bin Saudi, Ketua Balai Polis, Sungai Rambai, Melaka

Objektif :
  1. Memberikan pengiktirafan secara rasmi kepada murid selaku pemegang amanah sekolah;
  2. Menimbulkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas melalui pengiktirafan ini;
  3. Menggalakkan semua murid melibatkan diri secara aktif dan peka terutama dalam isu disiplin dan tanggungjawab kepada sekolah;
  4. Menimbulkan rasa minat dan inisiatif kepada murid untuk menjadi pemimpin sekolah;
  5. Menanamkan semangat sayang akan sekolah dan membentuk kerjasama antara murid;
  6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan murid yang dapat dicontohi kepada semua warga sekolah.

Cikgu Nuraini Hayati mengacarakan majlis pada kali ini.

 Pelancaran majlis telah disempurnakan oleh SM Mohd. Mujali Bin Saudi, Ketua Balai Polis, Sungai Rambai, Melaka.



Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda.
  • Muhd. Zahin Fikri Bin Ab Salam sebagai Ketua Pengawas.
  • Alya Batrisya Binti Adzli sebagai Penolong Ketua Pengawas.
Penyampaian Watikah kepada semua pengawas sekolah yang terlibat.

Penyerahan Watikah Pelantikan kepada wakil Pemimpin Muda.

Bacaan Ikrar oleh adik Muhd. Zahin Fikri Bin Ab Salam, Ketua Pengawas SK Sebatu.

IKRAR PENGAWAS
Bahawasanya kami, yang dilantik sebagai pemegang amanah Sekolah Kebangsaan Sebatu berikrar akan;
  • Menjalankan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dengan jujur dan ikhlas;
  • Berkhidmat dengan penuh dedikasi serta berdisipin sepanjang masa;
  • Sentiasa bersopan santun, berbudi pekerti yang baik agar menjadi teladan kepada murid yang lain;
  • Membantu pentadbir sekolah, mengawasi ketenteraman dan harta benda sekolah.
Demikianlah ikrar kami.


Cenderahati oleh Cikgu Rosyati Marzuki, Guru Kanan Pentadbiran kepada SM Mohd. Mujali Bin Saudi, Ketua Balai Polis, atas kesudian beliau menjadi tetamu dan merasmikan majlis pada kali ini.

    

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda sesi 2019 ini khususnya kepada;
SM Mohd. Mujali Bin Saudi, Ketua Balai Polis Sungai Rambai, Melaka.
Barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru serta pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih.