-->

Saturday, February 21, 2015

MESYUARAT PENGELOLA PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN MERLIMAU

Mesyuarat Pertandingan Nyanyian Solo Kawasan Merlimau telah diadakan pada hari Selasa, 17 Februari 2015 jam 2.30 petang di PKG Sebatu. Pada tahun ini SK Sebatu telah dipilih sebagai pengelola untuk pertandingan ini. Berikut adalah butir-butir pertandingan:
  • Tarikh :4 Mac 2015
  • Tempat : Dewan Japerun Sungai Rambai
  • Perasmian penutup : YB Datuk Hasan Bin Abd Rahman (Exco Kerajaan Negeri Melaka, ADUN Sungai Rambai)


 

Wednesday, February 18, 2015

MESYUARAT PENGELOLA C.O KUMPULAN 6

S.K Sebatu telah dipilih untuk mengelolakan Program C.O kumpulan 6. Program ini bertujuan sebagai kolaborasi di antara 5 buah sekolah dengan menjalankan kelas intensif tahun 6. Setiap sekolah akan menghantar kumpulan pelajar target untuk mengikuti program ini. Segala perancangan dan perjalanan untuk program ini telah diadakan pada Isnin, 16 Februari 2015 jam 2.30 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Sebatu. Barisan para pentadbir dan tenaga pengajar telah hadir di dalam mesyuarat tersebut.



Monday, February 16, 2015

PENGGUNAAN CHROMEBOOK

Penggunaan Chromebook cuba dimaksimumkan sebaik mungkin. Cikgu Yazid telah membimbing murid Tahun 5 Melur menggunakan chromebook untuk mata pelajaran TMK.





KELAS TERBERSIH MINGGU KEENAM

Tahniah kepada Kelas Tahun 1 Mawar kerana telah berjaya sekali lagi minggu ini memenangi Kelas Terbersih bagi Minggu ke-6




PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW KAWASAN MERLIMAU

Pasukan takraw SK Sebatu telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Kawasan Merlimau. Walaupun tiada rezeki ke peringkat seterusnya, pasukan SK Sebatu telah cuba sedaya upaya. Tahniah di atas semangat kesukanan pasukan...









Thursday, February 12, 2015

PETI KEHADIRAN MURID

Semua guru kelas.. Diminta mengarahkan mengisikan kedatangan murid di dalam Buku Rekod Jadual Kedatangan dan juga Borang Kehadiran murid yang telah diletakkan di dalam setiap kelas.. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peto yang disediakan di sebelahah pintu bilik guru.. Harap Maklum..



Monday, February 9, 2015

Kelas Terbersih Minggu ke-5

Tahniah kepada kelas Tahun 1 Mawar kerana telah memenangi Kelas Terbersih bagi Minggu ke-5

Ceramah Motivasi Keibubapaan Tahun 6

Program Ceramah Motivasi dan Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 telah diadakan pada Ahad, 8 Februari 2015, jam 8.00 pagi. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En.Nazari dari Syarikat Nazlela dan majlis telah dirasmikan oleh Dr. Pauzi Abu, Pengerusi JKKK Kg.Sebatu.

Thursday, February 5, 2015

PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 DAN CERAMAH MOTIVASI

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dan Ceramah Motivasi. Program ini akan berlangsung pada ketentuan berikut :

    • TARIKH  :  8 FEBRUARI 2015
    • HARI       :  AHAD
    • MASA      :  7.45 PAGI
    • TEMPAT : PERPUSTAKAAN SK SEBATU 

Wednesday, February 4, 2015

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 BAGI KELAS PROJEK 2015

Perjumpaan Ibubapa bagi murid tahun 6 untuk kelas projek telah diadakan di kantin SK Sebatu pada Rabu, 8.00 malam. Perbincangan bersama ini diharapkan akan membantu pihak sekolah di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kecemerlangan untuk murid-murid harapan sekolah untuk UPSR pada tahun ini.








JAMUAN PERPISAHAN PN. MASHITAH AISHAH DAN EN. ZULKIFLI MANSOR

Kenang Kami Dalam Doamu... Jamuan perpisahan untuk Pn. Mashitah Aishah (Guru JQAF) dan En. Zulkifli Mansor (Pegawai PKG) telah diadakan pada petang tadi. Majilis ini juga turut meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran En. Zulkifli.  Semoga mereka maju jaya di tempat baru..