-->

Monday, September 10, 2012

Doa restu dari kami warga SKS untuk anak-anak murid Tahun 6 UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam Perjuangan!

Khas untuk anak-anak murid SKS Tahun 6, 2012 sebuah Majlis Doa Restu telah diadakan secara ringkas selepas waktu rehat. Cikgu-cikgu dan semua staf sokongan di sini sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Semoga kalian lulus dan berjaya dengan cemerlang.
Budi bahasa, pengorbanan dan keikhlasan adalah sesuatu yang tidak dapat diukur dan ditafsirkan dengan mata kasar. Namun ia nya dapat dirasakan sendiri melalui hati dan sanubari. Kemaafan yang dipinta sentiasa dimaafkan walaupun kalian semua tetap degil, tidak mahu mendengar kata dan melakukan kesilapan yang sama setiap hari. Kami guru-guru disini hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah diatas setiap usaha yang kami lakukan selama ini. Kiranya kami menegur kamu atau menasihati kamu dalam keadaan yang agak keras, tiada niat lain adalah semata-mata untuk kebaikan kamu semua. Sebab kami SAYANGKAN kamu dan mahu kamu BERJAYA.

Akhir kalam, cipta lah sejarah terindah iaitu kejayaan anda dalam UPSR ketika dibangku sekolah rendah ini. Kerna masa dan waktu tidak akan berputar kembali bagi mengulangi sesuatu yang telah lalu. 11 Sepetember hingga 13 September 2012 ini hanya datang sekali dalam hidup kalian. Buatlah yang terbaik dalam hidup anda.

Selamat Maju Jaya.
Dari kami,
Warga SKS.





Nukilan: GPB

No comments:

Post a Comment