Tahniah kepada kelas Tahun 1 Mawar kerana telah memenangi Kelas Terbersih bagi Minggu ke-5
Monday, February 9, 2015
Ceramah Motivasi Keibubapaan Tahun 6
Program Ceramah Motivasi dan Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 telah diadakan pada Ahad, 8 Februari 2015, jam 8.00 pagi. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En.Nazari dari Syarikat Nazlela dan majlis telah dirasmikan oleh Dr. Pauzi Abu, Pengerusi JKKK Kg.Sebatu.
Thursday, February 5, 2015
PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 DAN CERAMAH MOTIVASI
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dan Ceramah Motivasi. Program ini akan berlangsung pada ketentuan berikut :
- TARIKH : 8 FEBRUARI 2015
- HARI : AHAD
- MASA : 7.45 PAGI
- TEMPAT : PERPUSTAKAAN SK SEBATU
Wednesday, February 4, 2015
PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 BAGI KELAS PROJEK 2015
Perjumpaan Ibubapa bagi murid tahun 6 untuk kelas projek telah diadakan di kantin SK Sebatu pada Rabu, 8.00 malam. Perbincangan bersama ini diharapkan akan membantu pihak sekolah di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kecemerlangan untuk murid-murid harapan sekolah untuk UPSR pada tahun ini.
JAMUAN PERPISAHAN PN. MASHITAH AISHAH DAN EN. ZULKIFLI MANSOR
Kenang Kami Dalam Doamu... Jamuan perpisahan untuk Pn. Mashitah Aishah (Guru JQAF) dan En. Zulkifli Mansor (Pegawai PKG) telah diadakan pada petang tadi. Majilis ini juga turut meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran En. Zulkifli. Semoga mereka maju jaya di tempat baru..
Tuesday, February 3, 2015
Brosur Merentas Desa 2015
Acara Merentas Desa telah diadakan pada 27 Februari 2015. Berikut adalah brosur Merentas Desa.. Sila klik di sini...
LATIHAN SUKANTARA
Latihan sukantara telah diadakan semasa aktiviti kokurikulum slot Rumah Sukan.
| Aksi lompat tinggi |
| Latihan lontar peluru untuk Rumah Iswara |
| Latihan balapan rumah Putra |
| Tunjuk cara lompat tinngi |
Pertandingan Bola Baling Kawasan Merlimau
SK Sebatu telah menyertai Pertandingan Bola Baling Kawasan Merlimau yang berlangsung di SK Parit Penghulu pada Isnin, 2 Februari 2015. Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, pasukan SK Sebatu telah berusaha..cuba lagi tahun hadapan...
Subscribe to:
Posts (Atom)



