Memori awal persekolahan pada hari pertama. Pelbagai ragam oleh kanak-kanak prasekolah dan juga tahun 1. Tidak kurang hebatnya dengan pakaian sekolah yang baru, kasut baru, beg baru..serba-serbi baru. Paling utama semangat baru untuk pergi ke sekolah dan menuntut ilmu. Cikgu sayang kamu semua!!Semoga berjaya wahai anak-anak didik sekalian...
Thursday, January 31, 2013
(2/1/2013) Selamat Kembali ke Sekolah..Sayaaang....
(28/12/2012) Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 1, Tahun 3 & Prasekolah
Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir.. dan terus memberi sokongan kepada SK Sebatu.
TQVM!!
Selamat belajar semua anak-anak..!!
TQVM!!
Selamat belajar semua anak-anak..!!
Salam 2013...Rentetan sepanjang Januari 2013
Salam sejahtera..salam kasih sayang dari kami warga SKS..
Masa berllau dengan pantas..hari esok kita bakal melangkah ke bulan baru..FEBRUARI.
Sempat juga di dalam kesibukan awal tahun ini..beberapa aktiviti sepanjang Januari dapat dirakamkan.
Semoga azam tahun 2013 ini akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Aamin... dan semoga SK Sebatu terus kekal maju dan cemerlang pada tahun ini.
Sekian,
Assalamualaikum...
Masa berllau dengan pantas..hari esok kita bakal melangkah ke bulan baru..FEBRUARI.
Sempat juga di dalam kesibukan awal tahun ini..beberapa aktiviti sepanjang Januari dapat dirakamkan.
Semoga azam tahun 2013 ini akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Aamin... dan semoga SK Sebatu terus kekal maju dan cemerlang pada tahun ini.
Sekian,
Assalamualaikum...
Friday, October 12, 2012
PERSIAPAN UNTUK PERTANDINGAN KANTIN TERBERSIH
Alhamdulillah SK Sebatu telah berjaya mendapat tempat ketiga dan secara langsung dapat mewakili daerah Jasin di dalam pertandingan Kantin Terbersih dan Terceria. sekolah kami telah dicalonkan untuk bertanding di peringkat negeri. Justeru itu, warga SKS sedang bertungkus lumus dalam menceriakan kawasan kantin sekolah.
Saturday, September 29, 2012
KURSUS LADAP TERAKHIR (PBS)
Kursus LADAP SK Sebatu yang terakhir ini, mengundang Pn. S.Citra dari SK jasin untuk memberi taklimat khusus dan terperinci mengenai PBS. Kursus ini memberi banyak manfaat dan kefahaman kepada semua guru. Diharap semua guru dapat memahami dan sama-sama melaksanakan tugasan PBS dengan lebih baik dan berintegriti.
"CEMERLANG BERSAMA SK SEBATU"
Sunday, September 16, 2012
Tamat sudah Peperiksaan UPSR 2012
Salam perjuangan ...
Alhamdulillah..semua murid Tahun 6 telah selesai dan selamat menduduki UPSR pada 11 hingga 13 September yang lalu.
Justeru itu, adalah diharapkan agar semua murid Thn 6 SKS LULUS dengan CEMERLANG. Kejayaan yang bakal dikecapi ini bukan sekadar kejayaan MURID, bahkan kejayaan KELUARGA dan semua GURU. Doa dan harapan terus kita panjatkan kepada Allah agar ianya menjadi REALITI satu hari nanti. Aamin Yaa Rabbal A'lamin..
Kepada semua, jangan putus berdoa dan teruskan solat hajat mohon dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah...
Selamat Hari Malaysia (16 September 2012)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Salam 1 Malaysia.
Hari ini merupakan cuti umum semua rakyat Malaysia kerana mengenang hari penubuhan Malaysia. Ingin tahu dengan lanjut mengenai penubuhan Malaysia? Bolehlah melayari laman sesawang berikut: http://www.arkib.gov.my/penubuhan_malaysia
Hargai bumi Malaysia yang bertuah ini. Hargai saat cuti bersama orang yang tersayang.Saling hormat menghormati dan menghargai antara satu sama lain!
Salam sayang dari kami warga SKS.
Tuesday, September 11, 2012
Perjuangan yang belum selesai
Salam sayang untuk semua...
Semua guru-guru Tahun 6 (ada yang gambar mereka tidak dapat diambil kerana camera cikgu Molly dah abis bateri...mohon maaf ya Cikgu Sikin, Cikgu Aishah Lenny dan Cikgu Rafizah)tetap mengerah tenaga memberikan yang terbaik untuk semua MURID TAHUN 6 SK Sebatu. semoga tips-tips terakhir ini mmeberikan sesuatu yang amat bermakna buat mereka semua.
Terus berusaha meningkatkan SKS.
"CEMERLANG BERSAMA SK SEBATU"
Bermulanya UPSR (Hari Pertama)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah semua murid tahun 6 telah menjawab soalan Bahasa Melayu (pemahaman & penulisan)dan Matematik (kertas 2).
Semoga kalian terus bersemangat untuk perjuangan pada hari esok (Matematik-Kertas 1)
Jangan putus asa. Cekalkan azam, kuatkan semangat!
InsyaAllah kejayaan yang cemerlang, milik kalian semua.
Salam Perjuangan,
GPB.
Subscribe to:
Posts (Atom)



